Monday, November 10, 2008

Pantun : Menuju Damai Yang Pasti

Jom Berpantun. Berani Berpantun. Silakan.


Al-Quranul Karim Nama Diberi
Penghias Diri Dunia Akhirat
Sama Sahaja Dahulu Dan Kini
Semoga Kekal Sepanjang Hayat


Kelapa Tua Kelapa Muda
Tak Kira Usia Tetap Berharga
Hidup Dan Mati Pasti Dirasa
Tanpa Al-Quran Sempurnakah Kita


Yang Murah Yang Mahal
Percuma Di Ambil Belipun Boleh
Kalau Benar Dirimu Rijal
Mari Menuju Keredhaan Allah


Katanya Benar Bukannya Dusta
Dulu Dan Kini Tetap Di Hati
Ancaman Keras Lagi Derita
Sekadar Menguji Iman Di Hati


Sekali Pandang Terpaut Dihati
Menerjah Kalbu Membina Diri
Rupanya Cantik Bak Bidadari
Bertambah Indah Jika Sebati


Damai Yang Hilang Ku Cari Semula
Terasa Sakit Perkara Biasa
Jalan Yang Benar Sudahku Jumpa
Kenapa Tidak Ku Bina Semula


Teman Ku cari Musuh Yang Datang
Datangnya Dengan Pelbagai Alasan
Kalau Benar Dirimu Terbilang
Pasti Bisa Jadikannya Kawan


Dalam Sabar Ada Berkat
Berkat Di Cari Setiap Umat
Jangan Sombong Bila Beribadat
Itulah Kunci Penyatuan Umat


Sekali Melangkah Jangan Berundur
Ancaman Dan Cabaran Pasti Menimpa
Bukan Musuh Yang Ku Kejar
Sekadar Menghulur Salam Istimewa


Dulu-dulu Hebat Orangnya
Sekarang-Sekarang Pudar Bakatnya
Kalau Dulu MKmu Terbilang
Kenapa Tidak MDmu Gemilang



......sekian...... nak kongsi pantun silakan.

Monday, November 3, 2008

Perjalanan Yang Pasti

Setiap yang bernyawa pasti merasai kematian. Suatu keajaiban yang pasti di tempuh sesiapa sahaja, bukti keistimewaan Sang Pencipta, juga bukti kebenaran Yang Maha Pemurah dan Yang Maha Penyayang.
Bukti bahawa manusia ini sentiasa bersedia menempuh suatu alam yang tidak pernah tergambar di fikiran. Namun manusia cuba menggambarkannya melalui pembikinan drama, sebagai pengajaran. Benarkah sebagai pengajaran? Ataukah sekadar untuk mendapat nama di sebaliknya? Untuk apakah sebenarnya......? rumit benar kehidupan ini.

Masihkah kau ingat tentang zaman kanak-kanak mu? Pastinya masih segar di benak kepala setiap pengalaman itu bukan.
Masih ingatkah kau kepada pertanyaan seorang guru ketika di bangku sekolah mu? Pastinya masih segarkan diingatan.

Guru yang sayangkan masa depan anak-anak didiknya bertanya. Ditanyakan tentang cita-cita semua pelajarnya.
Lalu terpacullah pelbagai cita-cita anak-anak yang belum matang fikirannya. Ada yang mahu menjadi doktor, tentera, guru dan sebagainya. Puas guru mendengar jawapan si anak kecil.

Namun, bila meningkat dewasa, anak-anak ini sudah lupa pada cita-cita masa kecilnya. Terlupa cita-cita, ibarat hidup ini tiada maknanya.
Kemudian, setelah membesar dan mencapai umur tuanya, ditanyakan lagi sekali tentang cita-citanya. Mungkin agak terkejut telinga bila mendengar cita-citanya mahu mati dalam Islam yang diredha Allah.
Menggambarkan cita-cita manusia boleh berubah pada bila-bila masa mengikut kondisi seseorang.

Lantas apa yang dapat disimpulkan di sini?
Kita Selaku Umat Islam yang telah memenuhi kriteria-kritreia yang telah ditetapkan, sepatutnya menjaga cita-cita ini semenjak dari kita dah mampu berfikiran dengan menggunakan pendengaran, penglihatan dan hati agar perjalanan yang pasti ini kita capai dengan penuh kegembiraan.

Yang hidup saja mampu membuat keputusan. Yang mati dan yang dah mati dah tak mampu untuk memilihnya. Yang bakal mati ini harus mencapai cita-cita ini untuk menolak dan menafikan segala yang di wawarkan oleh manusia yang dah mematikan dirinya.

Harap2 coretan yang agak kelam kabut boleh buka minda korang untuk berfikir secara pro dan kontra. Tak rugi berhabis masa memikirkan kebaikan, teramat rugi kiranya tak berfikir tapi masa terbuang.

.....fikir2 kanlah tentang mati.... jangan fikir nak mati jer.
renung2 kanlah..


sekian....